Wednesday, October 22, 2014

Jenis-Jenis Arca

DEFINISI ARCA  ASEMBLAJ


Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi. Bahan kutipan dicantumkan untuk membentuk satu kesatuan objek dan dipasang tapak yang stabail. Teknik yang bersesuaian untuk menghasilkan arca ini adalah kimpalan, skru, ikatan, acuan atau binaan.

contoh karya arca asemblaj






ARCA STABAIL

Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang. Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap , atau pintu siling. Bahagian atau komponen yang berlainan yang dicantumkan menjadi satu kesatuan objek membentuk satu konsep yang bermakna. Teknik penghasilannya adalah kimpalan, binaan, cantuman skru,paku atau gam.

contoh karya arca stabail









ARCA TIMBULAN

Arca timbul adalah arca yang terkenal sejak zaman dahulu ianya boleh didapati di dinding-dinding gua dan bangunan-bangunan keagamaan. Berbentuk tiga dimensi yang tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan. Ia boleh dihasilkan secara acuan, tampalan, binaan atau asemblaj.

contoh karya arca timbulan





ARCA AWAM 
Ramlan Abdullah

Seni arca awam boleh dimengertikan sebagai sebuah hasil seni yang diletakkan di ruang terbuka. ianya merupakan satu bentukan seni yang berfungsi dalam dimensi ruang yang menyeluruh. Ianya berlatarbelakangkan ruang persekitaran, kegiatannya lebih tertumpu di luar sistem galeri, penghayatannya lebih bertumpu kepada masyarakat secara terbuka, bersifat kekal dan mementingkan keperluan tertentu untuk memastikan kewujudannya bersesuain dengan faktor cuaca, keselamatan dan penyelenggaraan.
contoh karya arca awam

 Celebration of Sarawak

 Still Standing


Wahdah
ARCA GANTUNG
Anassuwandi Ahmad

Arca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak dan biasanya terawang-awang, pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak. Mobail ini digantung di atas syiling. Arca ini dipelopori oleh Alexander Calder iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika yang diperkenalkan pada awal tahun 1930an. Arca stabail boleh bergerak tetapi pergerakannya terhad dan tidak seperti pergerakannya terhad dan tidak seperti arca mobail yang boleh terawang-awang.

contoh karya arca gantung

 The Circle

 Trap Series Bubu #2

Trap Series #2


ARCA INSTALASI

Arca Instalasi (pemasangan) merupakan bahagian-bahagian berasingan yang dicantumkan, dipasang atau disusun menjadi satu, kedudukan bahagian mungkin terpisah kerana mementingkan ruang di tapak pameran.

Contoh Karya Arca Instalasi




ARCA REPLIKA
Contoh Arca Replika




2 comments: