PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...
Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan Izin dan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada pensyarah saya iaitu Dr. Abdul Halim bin Husain kerana telah memberikan tunjuk ajar dan ilmu yang sangat berguna dalam menyiapkan tugasan membuat arca relief ini, tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu dan memberikan tunjuk ajar dalam menyempurnakan tugasan ini. Ini adalah bahan dan juga pengalaman yang dapat saya bawa apabila melangkah ke alam pekerjaan sebagai seorang guru kelak .
SEJARAH ARCA
Arca yang paling awal dijumpai merupakan arca ukiran daripada gading, tulang, tanduk dan tanah liat. arca ini dihasilkan oleh orang Aurignacian dan Magladenia pada kira-kira tahun 8000 S.M. Masyarakat zaman tamadun lama seperti orang Mesir, Yunani, Mesopotamia, China dan India turut menghasilkan beraneka jenis arca dengan menggunakan bahan-bahan yang berlainan. pada zaman itu, arca dibina dalam bentuk figura manusia dan haiwan disebabkan fungsinya sebagai lambang yang berkaitan dengan sistem kepercayaan dan keagamaan.
Michelangelo Buonarroti (1475-1564) merupakan pengarca Itali yang teragung pada zaman pembaharuan Renaissance di Eropah. Selain itu, pengarca masyhur yang mula membina arca dalam bentuk abstrak pada zaman sebelum perang kedua iaitu Henry Moore yang berbangsa Inggeris (1898-1986) dan Alberto Giacometti (1966). Selepas perang dunia kedua bahan yang digunakan untuk membuat arca ialah batu marmar, kayu gangsa, bahan plastik, nilon, fabrik dan bahan buangan lain.
Berdasarkan sejarah arca di Malaysia arca tidak berkembang dengan meluas di Malaysia seperti catan. pengarca yang membina arca estetika moden hanya muncul pada sekitar tahun 1960-an. Antara perintis pengarca tempatan yang terkenal adalah Anthony Lau, Latiff Mohidin, Syed Ahmad Jamal, Lee Kian Seng dan lain-lain. Pengarca generaasi muda yang aktif ialah Mad Annuar Ismail, Raja Shahriman Raja Aziddin, Chin Wan Kee, Wong Pei Yu dan lain-lain. Seterusnya, Baharuddin Mohd Arus, John Hii, Hasnul Jamal Saidon dan lain-lain ialah pengarca-pengarca yang tertarik kepada pendekatan elektronik dan multimedia. Antara taman arca yang teristimewa di Malaysia ialah Laman Asean yang terletak berhampiran dengan tugu Peringatan Kuala Lumpur. Enam buah arca di Laman Asean merupakan kreativiti pengarca dari Indonesia, Filipina, Brunei Darussalam, Negara Thai Singapura dan Malaysia sempena menyambut ulang tahun ke 20 penubuhan Asean.
Antara arcanya ialah yang bertajuk "pertumbuhan" (1987) dibuat oleh Syed Ahmad Jamal dari Malaysia yang menggunakan batu marmar putih dan menglibatkan teknik binaan. Seterusnya arca yang bertajuk "Harmoni" oleh Dalorasa Sinaga dari Indonesia yang mengunakan bahan konkrit tetulang dan teknik binaan, "kemajuan" oleh Itthi Khing Khakul dari Thailand yang menggunakan paip keluli bebas hakis dan konkrit dan teknik binaan, 'Tarian Asean' oleh Abu Bakar bin Abdul Rahman dari Brunei Darussalam yang menggunakan kepingan batu marmar, keluli dan konkrit dan teknik binaan dan 'Borong-borong' oleh Jerusalino V.Aroas dari Filipina yang diperbuat daripada keluli bebas hakis, kayu dan kaca yang menggunakan teknik binaan dan asemblej serta ' Menuju Keamanan' oleh Han Sai Por dari Singapura yang menggunakan batu marmar dan konkrityang melibatkan teknik luakan dan asemblaj.
APA ITU ARCA??
Arca adalah satu karya seni halus yang berbentuk tiga dimensi )dapat dirasai dan dilihat dari pelbagai sudut) serta mempunyai nilai estetik yang tinggi berasaskan prinsip dan unsur rekaan. Arca juga mempunyai makna dan mesej yang tersendiri serta berfungsi memenuhi keperluan estetik. Pengertian arca berasal dari perkataan latin iaitu sculpere yang bermakna satu proses mengukir, melarik, mencungkil dan menguris.

No comments:
Post a Comment