Saturday, December 20, 2014

Pengenalan Miniature Work (Alam Pendidikan Projek 2)

Pengenalan Pendidikan

       Menurut Kamus Dewan Edisi Baru (1993), mendefinisikan pendidikan adalah perihal mendidik. selain itu, pendidikan juga adalah ilmu yang merujuk kepada ilmu didik, ilmu mendidik, didikan, latihan dan ajaran. Perkataan pendidikan berakar umbi  daripada perkataan didik yang membawa maksud ajar, bimbing, bentuk, dan asuh. menurut perkataan inggeris pula, Pendidikan adalah "education" iaitu perkataan yang berasal daripada Latin " educare " yang bermaksud mengasuh, memelihara dan juga membimbing. Oleh itu, melalui definisi tersebut dapatlah kita memahami pendidikan merupakan proses pertumbuhan ke arah yang lebih baik bagi mencapai kesempurnaan akal, mental dan juga perkembangan manusia.

No comments:

Post a Comment