Salah satu buku yang mencatitkan sejarah penemuan rangka
Perak Man..
Manusia Perak (Perak Man) adalah rangka manusia yang tertua
pernah dijumpai di Malaysia. Perak Man dijumpai di dalam Gua Gunung Runtuh di
Bukit Kepala Gajah, Lenggong, Perak, Malaysia. Ia dijumpai pada tahun 1991
hasil penyelidikan yang dijalankan oleh Malaysian Archaeological Research
Centre, Universiti Sains Malaysia dengan Kerjasama Jabatan Muzium Malaysia.
Hasil dari kajian dan penyelidikan yang dijalankan mendapati Perak Man adalah
rangka manusia yang telah berusia diantara 10 000 hingga 11 000 tahun.
Kedudukan rangka Perak Man semasa penemuannya..
Rangka Perak Man telah pun dipindahkan dari Gua Gunung
Runtuh ke Muzium Arkeologi Lenggong dan diletakkan dalam kedudukan asalnya
sebagaimana ia ditemui.
Replika rangka Perak Man..
Perak Man adalah lelaki yang tergolong dalam kelompok
manusia Australomelanesoid. Menjalani kehidupan bersama beberapa kelompok
manusia prasejarah lebih kurang 10 000 tahun yang lalu dengan menjadikan gua
sebagai tempat berteduh. Aktiviti utama Perak Man ialah memburu, memungut
bahan-bahan yang boleh diperolehi daripada hutan dan sungai untuk menjalani
kehidupannya.
Ilustrasi kehidupan
manusia zaman pra sejarah..
Perak Man telah meninggal dunia sewaktu berumur antara 40-45
tahun. Ia telah dikebumikan dengan upacara atau adat tradisi kaumnya dengan
posisi foetal, iaitu kedua kakinya berlipat ke arah dada. Ia juga dikebumikan
bersama dengan beberapa peralatan yang diperbuat daripada batu dan beribu-ribu
siput sungai. Ketinggiannya dianggarkan dalam 154cm-160cm. Perak Man adalah
rangka tulang manusia hampir penuh yang ditemui di Asia Tenggara dan merupakan
tulang prasejarah yang mempunyai kecacatan genetik yang dikenali sebagai Brchymesophalangia.
Ilustrasi bagaimana Perak Man dikebumikan selepas
kematiannya..
Bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut
sejarah penemuan rangka manusia prasejarah ini bolehlah berkunjung ke Muzium
Arkeologi Lenggong yang terletak di Daerah Lenggong, Perak, Malaysia.
My Kad Perak Man..
Salah satu bahan pameran di Muzium Arekologi Lenggong..
Gua Gunung
Runtuh
Rangka
manusia Perak Man ditemui oleh
ahli arkeologi, Profesor Zuraini Majid dari USM pada 1991 di sini.
No comments:
Post a Comment