Saturday, December 20, 2014

Sejarah Pendidikan

Sejarah Pendidikan Seni Di Malaysia

Bermulanya pendidikan seni secara formal di negara kita,Malaysia adalah pada tahun 1816. Iaitu sekolah yang terawal mengajar matap pelajaran pendidikan seni ialah ‘Penang Free School’ yang ditubuhkan pada tahun 1816. pada ketika itu seni diajar mengikut gaya pendidikan barat.

Pendidikan seni terus dikembangkan oleh seorang seniman tersohor negara iaitu Abdullah Ariff. Beliau merupakan seorang guru dan penyelia lukisan di ’Anglo Chinese School’, di Pulau Pinang. Pada tahun 1949, belau menjadi pengerusi Kesatuan Kesenian Guru Pulau Pinang dan beliau merupakan ahli Penang Impressionist.

Seterusnya di Pulau Pinang juga pada tahun 1906, Chong Hua Confusius Pulau Pinang memperkenalkan mata pelajaran seni kaligrafi dan anyaman yang diajar dalam bahasa Cina.

Pada tahun 1916 pula Laporan Winstedt dikeluarkan bagi memperkemas sistem pendidikan rendah di Tanah Melayu. Antara yang dinyatakan di dalam laporan tersebut ialah sekolah melayu dan maktab mengajar mata pelajaran lukisan dan subjek anyaman diletakkan di bawah subjek sains pertanian.

Seterusnya berkembanglah pendidikan seni di negara ini yang dipacu oleh institusi-institusi pendidikan, buku-buku, pertubuhan seni, dan dasar-dasar pendidikan. Antara intistusi pendidikan yang menawarkan pendidikan seni ialah sekolah-sekolah, Sultan Idris Training College (1922), maktab perguruan ilmu khas Kuala Lumpur(1960),institut Teknologi Mara (1967), Universiti Sains Malaysia,Universiti Pendidikan Sultan Idris pada tahun 1997(yang berasal dari Sultan Idris Training College- Maktab Perguruan Sultan Idris-Institut Perguruan Sultan Idris- Universiti Pendidikan Sultan Idris ), dan banyak lagi.

Buku-buku yang diperkenalkan bagi mengajar subjek seni antaranya ialah Art and Crafts oleh R.O Winstedt mengenai sejarah seni dan seni pertukangan, Pedoman Guru Penggal Pertama(1928) oleh Winstedt juga yang berkenaan pengajaran lukisan dan kerja tangan, buku Craft Work 1932 Third Year Practical ork for Senior Schools yang ditulis oleh Taylor dan Snell, Buku Panduan Guru 1957 terbitan Kementerian Pelajaran Persekutuan tanah Melayu dan Dewan Bahasa dan Pustaka, The Art Paper(1958) oleh Marjorie Clark dan W.T. Swinbanks yang diterbitkan oleh Donald Moore dan seterusnya terdapat pelbagai buku lagi yang diterbitkan.

Pendidikan seni di negara kita juga dipacu oleh kewujudan pertubuhan dan institusi seni. Antaranya ialah Wednesday Art Group (1951) yang diasaskan oleh Peter Harris (seorang pengawas seni lukis di Kementerian Pelajaran), Majlis Kesenian Malaya (1952) yang diasaskan oleh Tan Sri Mubin Sheppard dan Datuk Zainal Abidin Hj. Abbas, Penang Teachers’ Art Circle, Malay Teachers Union (1954), Thursday Art Group (1957), Balai Seni Lukis Negara, dan lain-lain.

Dasar kerajaan juga memainkan peranan penting dalam perkembangan pendidikan seni misalnya Penyata Rahman Talib. Pihak yang memainkan peranan sebagai pusat perkembangan kurikulum yang bertanggungjawab menggubal kurikulum pendidikan seni adalah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ini membuktikan bahawa mata pelajaran pendidikan seni adalah antara mata pelajaran yang penting sejak dahulu lagi terutama sekali sewaktu zaman penjajahan British kerana orang Barat memandang seni dalam ruang lingkup dan skop yang luas. Bagi mereka seni adalah sesuatu yang serius dan penting. Oleh itu, pemikiran seperti inilah yang harus diterapkan dan ditanam dalam minda masyarakat di Malaysia.

No comments:

Post a Comment